PDPA Policy
PERSONAL DATA PROTECTION NOTICE
This Personal Data Protection Notice (“Notice”) describes how Olive Tree Concepts Sdn Bhd (hereinafter referred to as Olive Tree Hotel Penang) uses your Personal Data. For purposes of this Notice, “OTHPG” means Olive Tree Hotel Penang.
In the event of any conflict between the English and other language versions, the English version shall prevail. OTHPG shall have the right to modify, update or amend the terms of this Notice at any time by placing the updated Notice on the website of Olive Tree Hotel Penang at https://www.olivetree.my/ (“Website”). By continuing to communicate with OTHPG or by continuing to use OTHPG’s services following the modifications, updates or amendments to this Notice shall signify your acceptance of such modifications, updates or amendments.
Collection of Personal Data
1. “Personal Data” means information about you, from which you are identifiable, including but not limited to your name, identification card number, passport number, vehicle number, address, telephone number, email address, date of birth, credit cards or payment details, race, nationality, any information about you which you have provided to OTHPG related to your reservation, stay or visit (such as your date of arrival and departure, room preferences and purpose of stay), information relating to your purchase and receipt of products or services, reviews, suggestions and opinions about OTHPG’s property, customer surveys and/or any information about you that has been or may be collected, stored, used and processed by OTHPG from time to time.
2. In addition to the Personal Data you provide to OTHPG directly, OTHPG may also collect your Personal Data from a variety of sources, including without limitation when you visit or stay at OTHPG, when you make a reservation to stay at OTHPG over the telephone, via the Website or otherwise, when you interact and communicate with OTHPG at events or otherwise or when using the Website.
3. OTHPG may also use closed circuit television (CCTV) and other security measures at its properties that may capture or record your image and information related to your location while you are in OTHPG via keycards and other technologies. OTHPG may also use other technologies that record sound or video to protect its guests, staff and property.
4. The provision of your Personal Data is mandatory when you make a reservation to stay at OTHPG and when you check into OTHPG. If you do not provide OTHPG your Personal Data, OTHPG will not be able to process your registration or reservation, and will therefore result in you being unable to make a booking or stay at the OTHPG.
5. The provision of your Personal Data voluntarily when you submit your reviews, suggestions or opinions or complete a customer survey related to OTHPG.
Purposes of Processing
6. OTHPG may use and process your Personal Data for the purposes relating to the business and activities of OTHPG which shall include, without limitation:-
(a) to process your registration or reservation to stay at OTHPG;
(b) to communicate with you regarding your reservation or stay at OTHPG;
(c) to provide you the goods and services you have requested;
(d) for purposes of billing and payments relating to your stay at OTHPG and for any goods and services you have purchased or requested;
(e) to respond to questions, comments and feedback from you;
(f) to provide you with a better and more personalized level of service;
(g) to provide for your safety and security as well as the safety and security of staff, guests and other visitors;
(h) for OTHPG’s internal administrative purposes including auditing, accounting, data analysis and to improve our services;
(i) for OTHPG to comply with regulatory requirements and obligations under the law.
and you agree and consent to OTHPG using and processing your Personal Data in the manner as identified in this Notice.
Marketing and promotional purposes
7. OTHPG may also use and process your Personal Data for other purposes such as to send you updates and news on the latest OTHPG’s services, promotions and events which may be of interest to you, by way of post, short message service (SMS), email and/or social networking sites.
8. If you do not consent to OTHPG processing your Personal Data for the purposes listed in Section 7 please notify OTHPG using the contact details stated in Section 11 below.
Disclosure to Third Parties
9. Your Personal Data may be transferred, accessed or disclosed to third parties for the purposes of processing your reservation or for your stay at OTHPG. Further, OTHPG may engage other companies, service providers or individuals to perform functions on OTHPG’s behalf, and consequently may provide access or disclose to your Personal Data to such service providers or third parties. Such third parties include (without limitation):-
(a) information technology service providers;
(b) professional advisors and external auditors;
(c) law enforcement, regulatory and governmental authorities in order to comply with statutory and government requirements.
10. Your Personal Data may also be shared in connection with a corporate transaction, such as a sale of a subsidiary or a division, merger, consolidation, or asset sale, or in the unlikely event of winding-up.
Access & Correction Requests and Inquiries
11. Subject to any exceptions under applicable laws, you may request for access to and/or request correction of your Personal Data, request to limit the processing of your Personal Data in relation to Section 7 above and/or make any inquiries regarding your Personal Data by contacting:-
Marketing Communications Department
76, Jalan Mahsuri,
11950 Bayan Lepas
Penang
Malaysia
Email: [email protected]
Tel: 604 637 7777
12. In respect of your right to access and/or correct your Personal Data, OTHPG has the right to refuse your requests to access and/or make any correction to your Personal Data for the reasons permitted under the law, such as where the expense of providing access to you is disproportionate to the risks to you or another person’s privacy.
Links to Third-Party Websites
13. The Website may contain links to third parties’ websites. Please note that we are not responsible for the collection, use, maintenance, sharing, or disclosure of data and information by such third parties. If you provide information directly to such sites, the privacy policy and terms of service on those sites are applicable and OTHPG is not responsible for the information processing practices or privacy policies of such sites.
Personal Information from Minors
14. OTHPG does not knowingly collect Personal Data from individuals under 18 years of age. As a parent or legal guardian, please do not allow the minor under your care to submit Personal Data to OTHPG. In the event that such Personal Data is given to us, you hereby consent to the processing of the minor’s Personal Data and personally accept and agree to be bound by this Notice and take responsibility for his or her actions.
(Bahasa Malaysia)
NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini menerangkan bagaimana Olive Tree Hotel Penang (dimiliki Olive Tree Concepts Sdn Bhd) menggunakan Data Peribadi anda. Untuk tujuan Notis ini, “OTHPG” bermaksud Olive Tree Hotel Penang.
Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara versi bahasa Inggeris dengan versi bahasa lain, versi bahasa Inggeris akan diguna pakai. OTHPG berhak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang telah dikemaskini pada laman web Olive Tree Hotel Penang di pautan berikut: https://www.olivetree.my/ (“Laman Web”). Dengan terus berkomunikasi dengan OTHPG atau dengan terus menggunakan perkhidmatan OTHPG berikutan pengubahsuaian, kemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, tindakan itu akan menandakan bahawa anda menerima pengubahsuaian, kemaskinian atau pindaan tersebut.
Pengumpulan Data Peribadi
1. “Data Peribadi” bermaksud maklumat tentang anda, di mana anda boleh dikenal pasti, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, nombor kenderaan, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, tarikh lahir, butiran kad kredit atau butir-butir pembayaran, bangsa, kewarganegaraan, dan apa-apa maklumat mengenai anda yang telah diberikan oleh anda kepada OTHPG yang berkaitan dengan tempahan , penginapan atau lawatan anda (seperti tarikh ketibaan atau pelepasan, pilihan bilik dan tujuan lawatan), maklumat berkenaan dengan pembelian dan penerimaan produk atau perkhidmatan, ulasan, cadangan dan pendapat anda tentang harta hak milik OTHPG kaji selidik pelanggan dan/atau apa-apa maklumat mengenai anda yang telah atau yang mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh OTHPG dari semasa ke semasa.
2. Selain daripada Data Peribadi yang anda berikan kepada OTHPG secara langsung, OTHPG juga mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tanpa had apabila anda melawat atau tinggal di OTHPG, apabila anda membuat tempahan untuk menginap di OTHPG melalui telefon, melalui Laman Web atau sebaliknya, apabila anda berinteraksi dan berkomunikasi dengan OTHPG di acara-acara atau sebaliknya atau apabila menggunakan Laman Web.
3. OTHPG juga mungkin akan menggunakan televisyen litar tertutup (CCTV) dan langkah-langkah keselamatan yang lain di premis yang boleh menangkap atau merakam imej anda dan maklumat tentang lokasi anda semasa berada di OTHPG melalui kad kunci dan teknologi lain. OTHPG juga boleh menggunakan teknologi lain untuk merakam bunyi atau video untuk melindungi pelanggan, kakitangan dan harta benda.
4. Pemberian Data Peribadi adalah wajib apabila anda membuat tempahan untuk tinggal di OTHPG dan apabila anda mendaftar masuk ke OTHPG. Jika anda tidak memberikan OTHPG Data Peribadi anda, OTHPG tidak dapat memproses pendaftaran atau tempahan anda, dan oleh itu, akan menyebabkan anda tidak dapat membuat tempahan atau tinggal di OTHPG.
5. Pemberian Data Peribadi adalah sukarela apabila anda menyerahkan ulasan, cadangan atau pendapat atau melengkapkan kaji selidik yang berkaitan dengan OTHPG.
Tujuan Pemprosesan
6. OTHPG mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang berkaitan dengan perniagaan dan aktiviti OTHPG yang termasuk, tanpa had:-
(a) Untuk memproses pendaftaran atau tempahan untuk menginap di OTHPG;
(b) Untuk berkomunikasi dengan anda tentang tempahan atau penginapan anda di OTHPG;
(c) Untuk memberikan anda barangan dan perkhidmatan yang diminta oleh anda;
(d) Untuk tujuan bil dan pembayaran yang berkaitan dengan penginapan anda di OTHPG dan untuk mana-mana barangan dan perkhidmatan yang telah dibeli atau diminta;
(e) Untuk menjawab soalan-soalan, komen dan maklum balas daripada anda;
(f) Untuk menyediakan anda dengan tahap perkhidmatan yang lebih baik dan lebih peribadi;
(g) Untuk peruntukan keselamatan anda dan keselamatan kakitangan, tetamu dan pengunjung lain;
(h) Untuk tujuan pentadbiran dalaman OTHPG seperti audit, perakaunan, analisis data, dan untuk mempertingkatkan perkhidmatan kami;
(i) Untuk OTHPG mematuhi keperluan peraturan dan obligasi di bawah undang-undang.
dan anda bersetuju dan memberi persetujuan anda kepada OTHPG untuk menggunakan dan memproses Data Peribadi anda mengikut cara yang dikenal pasti dalam Notis ini.
Tujuan pemasaran dan promosi
7. OTHPG juga mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan lain seperti untuk menghantar anda perkembangan baharu dan berita tentang perkhidmatan, promosi dan acara-acara OTHPG yang mungkin menarik minat anda, melalui pos, khidmat pesanan ringkas (SMS) e-mel dan/atau perangkaian sosial.
8. Jika anda tidak memberi persetujuan anda kepada OTHPG untuk memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang disenaraikan dalam Seksyen 7, sila memberitahu OTHPG melalui butiran hubungan yang dinyatakan dalam Seksyen 11 di bawah.
Pendedahan kepada Pihak Ketiga
9. Maklumat peribadi anda mungkin dipindah, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga bagi tujuan memproses tempahan atau penginapan di OTHPG. Selanjutnya, OTHPG mungkin melantik syarikat-syarikat lain, pembekal perkhidmatan atau individu untuk melakukan fungsi-fungsi bagi pihak OTHPG, dan sebagai akibat, mungkin memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan atau pihak ketiga tersebut. Pihak ketiga tersebut termasuk (tanpa had):-
(a) Pembekal perkhidmatan teknologi maklumat kami;
(b) Penasihat professional kami dan juruaudit luar;
(c) Pihak penguatkuasa dan pihak kerajaan untuk mematuhi keperluan undang-undang dan kerajaan.
10. Data Peribadi anda juga mungkin dikongsi berkaitan dengan urus niaga korporat, seperti penjualan anak syarikat atau bahagian, penggabungan, penyatuan, atau jualan asset, atau dalam penggulungan.
Akses & Permintaan Pembetulan dan Siasatan
11. Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undang, anda boleh meminta akses kepada dan/atau meminta pembetulan Data Peribadi anda, meminta untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda berhubung dengan Seksyen 7 di atas dan/atau membuat sebarang pertanyaan berkaitan dengan Data Peribadi anda dengan menghubungi:-
Marketing Communications Department
76, Jalan Mahsuri,
11950 Bayan Lepas,
Penang
Malaysia
Email: [email protected]
Tel: 604 637 7777
12. Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, OTHPG mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda untuk sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti di mana penyediaan akses kepada anda adalah tidak berkadaran dengan risiko kepada privasi anda atau orang lain.
Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga
13. Laman Web mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak akan bertanggungjawab terhadap pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian, atau pendedahan data atau maklumat oleh pihak ketiga tersebut. Jika anda memberikan maklumat secara langsung kepada laman-laman tersebut, dasar privasi dan syarat-syarat perkhidmatan di laman web tersebut akan diguna pakai dan OTHPG tidak bertanggungjawab untuk amalan pemprosesan maklumat atau dasar privasi laman-laman tersebut.
Maklumat Peribadi Daripada Individu Bawah Umur
14. OTHPG tidak mengumpul Data Peribadi daripada individu di bawah umur 18 tahun secara sengaja. Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, sila tidak membenarkan individu bawah umur di bawah jagaan anda untuk memberikan Data Peribadi kepada kami. Sekiranya Data Peribadi diberikan kepada kami, anda dengan ini memberi persetujuan kepada pemprosesan Data Peribadi individu bawah umur tersebut dan secara peribadi menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Notis ini dengan memikul tanggungjawab untuk tindakan beliau.